Bahagian Sumber Manusia

KAJIAN KES BAHAGIAN SUMBER MANUSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. 

MATLAMAT Jabatan ini menyediakan satu Struktur Organisasi yang mantap dan bilangan jawatan ditahap optimum dan mengendalikan pengurusan sumber manusia secara cekap, berkesan dan berkualiti supaya dapat menyediakan personal yang mencukupi, terlatih, kompeteh dan berdisiplin bagi kementerian pelajaran Malaysia.PIAGAM  PELANGGAN1.      Permohonan Pertambahan Jawatan dan Penstrukturan Semula Jabatan / Bahagian diperaku ke JPA dalam tempoh 1 hingga 2 bulan.2.      Surat tawaran Guru Sandaran Terlatih dikeluarkan dalam tempoh empat minggu selepas maklumat lengkap diterima.3.      Semua anggota diberi kursus induksi dalam tempoh antara satu hingga tiga tahun dari tarikh surat perlantikan rasmi dikeluarkan.4.      Perakuan pengesahan dalam perkhidmatan dan  pemberian taraf berpencen bagi pegawai di  Bahagian-Bahagian dan Kementerian Pelajaran Malaysia diproses dan diperakuan ke pihak berkuasa melatik dalam tempoh satu hingga empat minggu dari tarikh perakuan lengkap diterima.5.      Semua anggota bukan guru diberi peluang mengikut latihan dalam perkhidmatan sekurang-kurangnya tujuh hari dalam setahun.6.      Tertakluk kepada borang dan peryertaan dokumen yang lengkap, permohonan semua jenis cuti akan diproses, dipertimbangkan dan dimaklumkan keputusannya dalam tempoh satu hingga tiga puluh hari.7.      Setiap anggota yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan akan diberikan peluang menduduki penilaian tahap kecekapan ( PTK).8.        Surat kelulusan pergerakan gaji biasa dan anjakan gaji diberi dalam tempoh satu bulan selepas perakuan lengkap dari  Ketua Jabatan diterima.9.      Urusan pemilihan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) diselesaikan dalam bulan Julai.10.  Keputusan pengistiharan harta di bawah bidang kuasa yang berkenaan dikeluarkan dalam tempoh satu hingga dua bulan dari tarikh permohonan yang lengkap diterima.11.  Urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat diselesaikan dalam tempoh   tiga  hingga enam  bulan  dari tarikh perakuan yang lengkap diterima.12.  Penyiaran keputusan menggung kerja dikeluarkan dalam tempoh satu hingga tiga bulan dari tarikh perakuan yang lengkap diterima.13.  Segala perkongsian dan maklumat peribadi klien akan dirahsiakan ( terpelihara) kecuali jika ia boleh menjejeskan keselamatan klien atau orang lain atau dengan keizinan klien selaras dengan peruntukan AKtar Kaunselor 1998.14.  Kes-kes tatatertib selain daripada kes jenayah diperakukan kepada Lembaga Tatatertib dalam tempoh satu hingga dua bulan dari tarikh permohonan yang lengkap diterima.15.  Semua surat aduan yang diterima, diberi akuan terima dan disalurkan untuk siasatan dan tindakan lanjut dalam tempoh satu minggu.       FUNGSI1.       Merancang  strategi jangka panjang , sederhana dan tahunan KPM, penggubalan dan pemantauan ( succession planning) jawatan-jawatan utama termasuk KPPM, TKPPM, Pengarah  -Pengarah Bahagian, Timbalan-Timbalan Pengarah Bahagian, Pegawai-Pegawai Daerah, Pengetua-Pengetua Maktab, Keloj, Politeknik dan Sekolah Menengah2.      Perancangan strategik pembangunan manusia, latihan dalam perkhimatan dan peperiksaan perkhidmatan/ kompentensi.3.      Perjawatan, struktur organisasi termasuk anggaran keperluan perjawatan keseluruhan4.      Kemudahan-kemudahan dalam perkhidmatan saran dan elaun serta hubungan Kesatuan / Persatuan, MBK dan MBJ.5.      Kenaikan pangkat , pemangkuan dan penangguhan kerja.6.      Lantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan ke perkhidmatan berpencen, penempatan, pertukaran sementara, cuti persaraan, tatatertib, maklumat dan data personel, rekod perkhidmatan dan pergerakan gaji.7.      Pengemaskinian Buku Rekod Perkhidmatan ( hingga 31  Disember setiap tahun sahaja) UNIT DAN BAHAGIAN      CAWANGAN PERKHIMATAN.UNIT PERKHIDMATAN GURU 11.      Menguruskan penempatan dan pertukaran ke jawatan kenaikan pangkat Gred DG 44 dan DG 48.2.      Mengurusakan perlantikan Guru Sandaran Terlatih dan Guru Sandaran Tidak Terlatih untuk mengisi jawatan ke sekolah rendah dan ke sekolah menengah.3.      Menguruskan pertukaran sementara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ( PPP) ke jawatan terbuka, jawatan tender dan ke agensi-agensi lain.4.      Menguruskan perlantikan dan perlanjutan perkidmatan PPP secara kontrak dan penamatan perkhidmatannya.5.      Menguruskan perlantikan guru-guru Sekolah Agama Rakyat ( SAR  ) dan hal-hal perkhidmatan berkaitan.6.      Menguruskan perlantikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma yang mendapat Ijazah Pertama secara Pengajian Jarak Jauh untuk lantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG 41 dan hal-hal berkaitan perkhidmatan.7.      Membantu mengurangkan masalah kekurangan guru dengan mengenalpasti perlantikan Guru Sandaran Tidak Terlatih dan perlaksanaan program Kumpulan Guru Simpanan  Kebangsaan.8.      Membuat pemantauan perlaksanaan hal-hal perkhidmatan di agensi-agensi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM)  UNIT PERKHIDMATAN GURU 21.       Urusan pengesahan dalam perkhimatan dan pemberian taraf berpencen.2.      Urusan mengambil kira perkhidmatan lepas, pindaan tarikh lahir, meminda tarikh lahir , meminda dan menambah nama.3.      Perletakan jawatan Pegawai Perkhidmatan  Pendidikan.4.      Mengurus dan menempatkan pertukaran  setara/ naik pangkat guru-guru DGA 29 hingga DG 48.5.      Urusan Persaraan PPP dan menyediakan Surat Penghargaan Kepada PPP.6.      Mengkaji isu –isu perkhidmatan PPP.7.      Memantau dan menyelia pengurusan Buku  Rekod Perkhidmatan di Jabatan Pelajaran Negeri ( JPN ) , Bahagian/ Jabatan di KPM .8.      Urusan pelarasan gaji.UNIT PERKHIDMATAN BUKAN GURU1.      Urusan perlantikan Anggota Bukan Guru (ABG)  dan perlantikan tetap.2.      Urusan pengisian dan penempatan ABG3.      Urusan pengesahan perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen.4.      Urusan mengambil kira perkhidmatan lepas, pindaan tarikh lahir, meminda tarikh lahir , meminda dan menambah nama.5.      Perletakan Jawatan Anggota Bukan Guru.6.      Urusan Persaraan ABG dan menyediakan surat Penghargaan kepada ABG.7.      Mengkaji isu-isu perkhidmatan ABG.8.      Perlantikan ABG secara Contrak Selepas Bersara.UNIT SARAAN, KEMUDAHAN DAN HUBUNGAN KESATUAN .1.      Mengkaji cadangan elaun baru dan penambahbaikan elaun sedia ada.2.      Pengurusan hal-hal elaun bagi PPP/ Anggota Kakitangan Sokongan( AKS).3.      Majlis Bersama Jabatan ( MBJ ) / Majlis Bersama Kebangsaan ( MBK)4.      Urusan dasar cuti dan kemudahan bagi PPP dan AKS.5.      Maklumbalas isu berbangkit daripada pengurusan atasan( Pengurusan / Post Kabinet / Perlimen)6.      Mengurus isu/ masalah KPM dengan kesatuan/persatuan guru dan bukan guru.7.      Urusan berkaitan dengan elaun-elaun umum( Perkhidmatan Perkeliling)8.      Hal-hal mengenai Cuti Bukan Guru( Proses)9.      Hal-hal mengenai Cuti Guru ( Proses)10.  Rawatan perubatan11.  Memproses pampas an ( Ex-Gratia) CAWANGAN KAUSELING  DAN  KEUNTUHAN.UNIT  KEUNTUHAN DAN PENGURUSAN1.      Mempastikan Jawatankuasa Keuntuhan Pengursan di wujud dan berfungsi sebagimana Arahan YAB Perdana Menteri No.1 Tahun 1998.2.      Memantau perlaksanaan Program Keuntuhan oleh Jabatan/ Bahagian/ Agensi di bawah KPM.3.      Menyediakan laporan kemajuan suku tahun KPM ke jawatankuasa Khas Kabinet mengenai Keuntuhan Pengurusan ( JKKMKPK ) setiap suku kaum.4.      Mengadakan kajian, pengumpulan data dan menyediakan laporan mengenai isu keuntuhan pengurusan seperti pembaziran di pejabat.5.      Mengendalikan Mesyuarat Keuntuhan Pengurusan di Peringkat Kementerian, Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) Sumber Manusia dan Bahagian Sumber Manusia.6.      Melaksanakan sessi pemahaman Program Keuntuhan Pengurusan kepada Jabatan/ Bahagian dan Agensi di bawah KPM.7.      Urus setia kepada Pasukan Petugas Khas mengurangkan karenah Birokrasi peringkat Kementerian.8.         Mengendalikan hal-hal pentadbiran / kewangan Cawangan Kaunseling dan Keuntuhan. UNIT KAUNSELING DAN PSIKOLOGI.1.      Menggubal pelan induk strategi perkhidmatan psikologi dan kaunseling KPM.2.      Merancang dan menyediakan garis panduan pelaksanaan perkhidmatan psikologi  dan kaunseling Kementerian Pelajaran selaras dengan Aktar Kaunselor 1998.3.      Memantau, menyelaraskan dan melaksanakan program-program dan aktiviti kaunseling terutamanya pengendalian kes-kes pekerja bermasalah dan berprestasi rendah mengikut Surat Perkekeliling Perkhidmatan Bil 4/98.4.      Menggubal dan menyediakan program berkaitan pendekatan psikologi dan kaunseling dalam mempertingkatkan kualiti dan produktiviti dalam pengurusan sumber  manusia.5.      Penghubung kepada agensi kerajaan lain seperti Bahagian Perkhidmatan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Jabatan Agama Islam serta Kementerian Dalam Negeri.6.      Mengajurkan seminar Kaunseling dan Psikologi peringkat KPM dan Kebangsaan.7.      Menyelaras data dan laporan mengenai program, isu-isu, aktiviti dan hal-hal lain yang berkaitan dengan perkhidmatan kaunseling dan psikologi di semua peringkat.8.      Mengemukakan laporan-laporan program dan aktiviti kaunseling dan psikologi di semua peringkat kepada setiausaha Bahagian Sumber Manusia dan pihak Pengurusan atasan.9.      Menyediakan dan member khidmat bimbingan dan kaunseling kepada warga dan keluarga KPM.10.  Menyediakan dan menyelaraskan kertas-kertas dasar dan konsep berkaitan perkidmatan kaunseling dan psikologi untuk KPM dan lain-lain agensi yang relevan.11.  Menyediakan laporan penilaian keberkesanan program kauseling dan psikologi KPM. CAWANGAN NAIK PANGKAT / TATATERTIB1.      Urus setia bagi urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan Pegawai bukan Guru yang terletak di bawah bidang kuasa Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan, P.U.( A ). 89 dan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam , P.U.(A) 151. 2.       Menguruskan penempatan dan pertukaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG 54 dan  ke atas Urus setia kepada Panel Pembangunan Sumber Manusia Induk, KPM.UNIT NAIK PANGKAT BUKAN SISWAZAH.1.      Urus setia dalam urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Lepasan Diploma di bawah bidang kuasa Lembagan Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan.2.      Menguruskan perakuan penanggungan kerja jawatan-jawatan Pegawai Perkhidmatan Lepasan Diploma gred DGA 32 dan DGA 34.3.      Urus setia kepada Lembaga Kenaikan Pangkat , Kementerian Pelajaran bagi Pegawai Perkhidmatan Lepasan Diploma. UNIT  TATATERTIB.1.      Menyelenggarakan kes tatatertib dan surcaj Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Pegawai Perkhidmatan Gunasama bagi Kementerian Pelajaran Malaysia.2.      Menyelengara kes rayuan tatatertib dan surcaj Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Pegawai Perkhidmatan Gunasama bagi Kementerian Pelajaran Malaysia.3.      Memproses permohonan untuk menjalankan pekerjaan Luar Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Pegawai Perkhidmatan Gunasama bagi Kementerian Pelajaran Malaysia.4.      Memproses permohonan untuk bergiat cergas dalam politik bagi Kumpulan Sokongan Kementerian Pelajaran Malaysia.5.      Memproses permohonan untuk mendapatkan khidmat guaman bagi semua pegawai.6.      Memberi khidmat nasihat berkaitan tatatertib.  CAWANGAN  PEMBANGUNAN MANUSIA DAN LATIHAN.1.       Menggubal dasar dan halatuju pembangunan manusia serta meningkatkan kompetensi pegawai dan staf  Kementerian Pelajaran Malaysia.2.      Merancang program dan latihan dan kemajuan pegawai dan staf bagi meningkatkan mutu perkhidmatan.3.      Mengurus dan melaksanakan program latihan dan dalam perkhidmatan untuk pegawai dan staf bukan guru.4.      Merancang, menyelaras dan melaksanakan Kursus Induksi bagi pegawai dan Kakitangan KPM.5.      Menjadi urus setia kepada Lembaga Penilaian Kompetensi KPM.6.      Merancang, menyelaras dan mengurus Penilaian Tahap Kecekapan ( PTK) serta peperiksaan Jabatan bagi semua Skim Perkhidmatan Pendidikan san Skim Staf Sokongan Bukan Guru.CAWANGAN  DASAR DAN PERANCANGAN SUMBER MANUSIA.UNIT PENGURSAN MAKLUMAT DAN REKOD 1.      Mentadbir dan menguruskan Sistem Maklumat Staf (SMS ) / Sistem Pengurusan Personal Jabatan ( SISPEN )/ Sistem Maklumat Sumber Manusia ( HRMIS)2.      Urus setia Jawatankuasa Induk Pengemaskini Maklumat SMS/SISPEN/HRMIS Kemneterian Pelajaran Malaysia.3.      Menyediakan laporan kemasukan / pengemaskinian maklumat.4.      Mengenalpasti isu dan masalah kemasukan dan pengemaskinian maklumat dan membantu menyelesaikan masalah pelaksanaan SMS/SISPEN/ HRMIS .5.      Mengendalikan latihan kemahiran pengurusan maklumat.6.      Memantau tahap perlaksanaan dan pengemaskinian SMS/SISPEN/HRMIS.7.      Menyediakan garis panduan perlaksanaan dan pengemaskinian data maklumat SMS/SISPEN.8.      Mentadbirkan laman web Bahagian Sumber Manusia. UNIT DASAR DAN PERANCANGAN STRATEGI SUMBER MANUSIA1.      Menjalankan kajian dan merangka dasr-dasar baru pembangunan sumber manusia bagi guru dan bukan guru Kementerian Pelajaran Malaysia.2.      Mengkaji dan merangka pelan strategik jangka pendek, panjang dan tahunan pembangunan sumber manusia.3.      Mengkaji rangka dan dasar pembangunan dan kemajuan kerjaya guru dan bukan guru.4.      Mengkaji dan mengemaskini skim-skim perkhidmatan sedia ada bagi Pegawai Perkhidmtan Pendidikan.5.      Menilai kemajuan pelan perlaksanaan dasar sumber manusia.6.      Menjalankan Kajian Penggredan Sekolah bagi Sekolah Rendah dan Menengah.UNIT PERANCANGAN SUMBER MANUSIA ( BUKAN GURU )1.       Mengkaji , merancangkan dan merangka pelan sumber manusia ( bukan guru ) bagi jangka pendek, panjang dan tahunan.2.      Mengkaji,merancang dan menggubal norma perjawatan bagi perjawatan bukan guru mengikut keperluan semasa .3.      Memantau pelaksanaan pelan dan perancangan kemajuan kerjaya serta dasar-dasar yang telah digubalkan bagi bukan guru.4.      Menjalankan Kajian Norma Perjawatan Guru dan Bukan Guru di Kementerian Pelajaran Malaysia.5.      Mengemaskini Buu Norma Perjawatan Guru dan Bukan Guru.          CAWANGAN PERJAWATAN 1.      Merancang, mengkaji dan mengurus keperluan perjawatan di Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Anggaran Belanja Mengurus (ABM) Tahunan.2.      Mengkaji permohonan Penstrukturan Semula / Penstrukturan Fungsi dan pertambahan perjawatan bagi Bahagian/ Jabatan/ JPN /PPD dan Agensi /Badan Berkanun di Kementerian Pelajaran Malaysia.3.      Melaksanakan perakuan-perakuan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Naziran KPM.4.      Menyemak dan mengemaskini butir-butir perjawatn dalam senarai perjawatan.5.      Mengkaji dan memperakukan permohonan pinjaman secara pentadbiran.UNIT  NAZIRAN 1.1.       Menjalankan semakan dan Naziran terhadap pejawatan dan perkhidmatan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi:a.       Sekolah Kurang Murid (SKM) b.      Sekolah Rendah c.       Sekolah Menengah Biasa2.      Menjalankan Naziran ke  atas guru-guru yang dipinjamkan ke Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Menengah Agama Negeri.3.      Menyediakan laporan dan perakuan untuk dibentangkan kepada Jawatankuasa Naziran Kementerian Pelajaran Malaysia.4.      Urus setia kepada Jawatankuasa Naziran Kementerian Pelajaran Malaysia.UNIT NAZIRAN 21.       Menjalankan Naziran dan semakan terhadap dan perkhidmatan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi:a.       Sekolah Menengah Bestarib.      Sekolah Menengah Kebangsaan Agamac.       Sekolah Menengah Teknik dan Volkasionald.      Sekolah Menengah Khase.       Kolej Matrikulasif.       Sekolah Model Khasg.      Sekolah Sukanh.      Bahagian/ Jabatan di Kementeriani.        JPN/PPD/PSPN2.       Menyediakan Laporan dan perakuan untuk dibentangkan kepada Jawatankuasa Naziran Kementerian Pelajaran Malaysia.    JURNAL KERJA KURSUS.1.       Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi- Kementerian Pelajaran Malaysia.2.      Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Palajaran Malaysia( helpdesk_bsm@moe.gov.my)3.      Carta organisasi Kementerian Pelajaran Malaysia Putra Jaya.